7 Negara Besar Zaman_Negara_Berperang

NamaTahun Didirikan (SM)Tahun Dibubarkan (SM)Nasib
Negara Han 韩国403230dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Zhao 赵国403228dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Wei 魏国403225dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Chu 楚国Abad ke-11223dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Yan 燕国Abad ke-11222dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Qi 齐国Abad ke-11221menyerah kalah kepada Negara Qin
Negara Qin 秦国905221direka semula sebagai Empayar Qin selepas menyatukan semua 7 negara besar yang menamatkan Zaman Negara Berperang dan permulaan era Dinasti Qin

7 Negara Besar juga dikenali sebagai "Zhan Guo Qi Xiong (战国七雄)" merujuk kepada 7 negara yang terbesar dalam seluruh tanah Zhong Yuan (中原 ; nama kepada tanah China) selepas pewujudan 3 Jin pada 403 SM.

7 Negara Besar itu adalah Negara Han (韩国), Negara Zhao (赵国), Negara Wei (魏国), Negara Chu (楚国) Negara Yan (燕国), Negara Qi (齐国) dan Negara Qin (秦国). Selain 7 negara tersebut, terdapat juga ada banyak negara kecil dan negara makro yang berwujud di atas Zhong Yuan.

Semua negara tersebut telah dihapuskan atau dikena "makan" oleh Negara Qin yang dipimpin oleh Raja Ying Zheng dari Negara Qin, ia kemudian direka semula sebagai Empayar Qin pada tahun 221 SM.

Kejadian ini telah menyebabkan penamatan kepada Zaman Negara Berperang dan permulaan kepada era Dinasti Qin.